Kelas TBE (Zurich Takaful)
5 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2019 telah belangsungnya kelas “Kelas TBE (Zurich Takaful)” di Pusat Internet (PI) Kg. Batu Gajah yang berlangsung pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari yang diikuti seramai 6 orang perserta. Kelas ini adalah bertujuan memberi pendedahan tentang pengenalan Takaful Keluarga kepada peserta baru disamping memberi pendedahan mengenai exam TBE yang akan diikuti oleh para peserta yang ingin mengikuti dan menyertai Zurich Takaful.
Kelas ini adalah kerjasama bersama staf PI Kg. Batu Gajah dengan syarikat daripada Zurich Takaful Malaysia Sdn Bhd. Penceramah yang mengajar dalam kelas ini adalah En Hazimin Yahaya iaitu pengajar dari syarikat Zurich sendiri. Kelas ini juga objektif utama mereka adalah melatih para peserta untuk membuat jualan yang tinggi melalui jualan insurans mereka kepada pelanggan mereka. Selain itu, memberi tips dan cara untuk menjawab soalan TBE yang akan diberikan kepada mereka lebih kurang 200 soalan yang perlu dijawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: