Mesyuarat Bersama Pengarah AADK & Pengarah PH Kelantan
11 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2019 telah berlangsungnya Mesyuarat Bersama Pengarah AADK, Pengarah PH Kelantan dan beberapa NGO berkaitan yang diadakan di Pejabat AADK negeri Kelantan di Kota Bharu, yang dihadiri seramai 12 orang dan salah seorangnya adalah Pengurus PI Batu Gajah sendiri iaitu Nurul Haffiza. Mesyuarat ini diadakan adalah merancang aktiviti untuk “Orang Kena Pengawasan” (OKP) negeri Kelantan.
Mesyuarat ini berlangsung dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membanteras gejala penagihan dadah di kalangan belia malah orang dewasa yang terjebak dengan dadah. Selain itu, melalui system OKP ini pihak AADK akan membuat operasi memantau individu yang telah melepasi tempoh tahanan pusat serenti dan berada di bawah pengawasan pihak AADK selama 2 tahun. Melalui kaedah ini gejala penagihan dadah ini dapat dibendung dengan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: